Sunday 8 December 2013

Mungkin tidak

Mungkin tidak? Mungkin tak jadi pergi Singapore.. Hari tu pergi Jabatan Imigresen kat Setia Tropika nak buat passport tapi ada masalah sikit.

Isteri saya orang sabah so kalau setakat tunjuk ic dengan bagi gambar je memang tak boleh. Pegawai tu kata kene tunjuk sekali surat beranak. Proses mengambil masa dalam 5 hari kalau isteri saya takde apa-apa masalah.

Terpaksalah tangguh dulu buat passport isteri saya. Seriously, memang lambat nak siap...5 jam tunggu baru siap passport saya. Isteri saya yang tak dapat buat passport pun terpaksalah tunggu dengan saya sekali. Kesian dia...tak dapat buat passport tapi tunggu jugak....

Nak pergi lagi sekali ke? Bila nak pergi je terbayang punyalah ramai orang...punyalah lama tunggu giliran....punyalah lama nak siap....

Entahlah nak buat passport ke tidak untuk isteri saya....Mungkin ya mungkin tak...


p/s: Plan nak buat epok-epok untuk berniaga esok

Wednesday 4 December 2013

Cuti 2 hari

Terpaksa cuti 2 hari. Hari pertama tak berapa sihat. Hari kedua nak buat passport sebab nak pergi Singapore ada majlis kahwin saudara hujung bulan Disember ni.

Singapore

Kitorang minta maaf pada customer yang dah biasa beli dengan kitorang.

InsyaAllah esok pagi kitorang ada berniaga macam biasa kat jalan pinang, taman daya.

p/s: merancang nak buat catering nasi lemak nusantara