Sunday 8 December 2013

Mungkin tidak

Mungkin tidak? Mungkin tak jadi pergi Singapore.. Hari tu pergi Jabatan Imigresen kat Setia Tropika nak buat passport tapi ada masalah sikit.

Isteri saya orang sabah so kalau setakat tunjuk ic dengan bagi gambar je memang tak boleh. Pegawai tu kata kene tunjuk sekali surat beranak. Proses mengambil masa dalam 5 hari kalau isteri saya takde apa-apa masalah.

Terpaksalah tangguh dulu buat passport isteri saya. Seriously, memang lambat nak siap...5 jam tunggu baru siap passport saya. Isteri saya yang tak dapat buat passport pun terpaksalah tunggu dengan saya sekali. Kesian dia...tak dapat buat passport tapi tunggu jugak....

Nak pergi lagi sekali ke? Bila nak pergi je terbayang punyalah ramai orang...punyalah lama tunggu giliran....punyalah lama nak siap....

Entahlah nak buat passport ke tidak untuk isteri saya....Mungkin ya mungkin tak...


p/s: Plan nak buat epok-epok untuk berniaga esok

Wednesday 4 December 2013

Cuti 2 hari

Terpaksa cuti 2 hari. Hari pertama tak berapa sihat. Hari kedua nak buat passport sebab nak pergi Singapore ada majlis kahwin saudara hujung bulan Disember ni.

Singapore

Kitorang minta maaf pada customer yang dah biasa beli dengan kitorang.

InsyaAllah esok pagi kitorang ada berniaga macam biasa kat jalan pinang, taman daya.

p/s: merancang nak buat catering nasi lemak nusantara

Saturday 30 November 2013

Nasi Lemak 2 kali

Kejadian hari ini agak unik..

Sebelum cerita pasal kejadian hari ini jom tengok menu baru kitorang. Pernah baca entri "Nasi Lemak Nusantara" ? Masih lagi Nasi Lemak Nusantara tapi kitorang bagi customer buat pilihan lauk sendiri.

Puyuh goreng


Telur puyuh tak sempat nak snap, habis jual dah...

Gambar lauk lain masih ada lagi..

Saturday 16 November 2013

Nasi Lemak Nusantara

Pernah dengar nasi lemak nusantara? Produk dari kami khas untuk anda semua. Apa-apa hal mari kita tengok dulu perbezaan nasi lemak biasa dengan nasi lemak nusantara.

Yang ini nasi lemak biasa je..

Nasi Lemak biasa

Sekarang mari tengok yang ini pulak...

Tuesday 12 November 2013

Naget Ayam KMP

Naget Ayam KMP
Ada lagi produk baru kami iaitu Naget(Nugget) Ayam KMP. Keunikan naget kami 100% ayam. Memang berbeza dari naget ayam di pasaran.

Biasa beli naget 3 keping RM1.00 kat pasar? Atau beli yang frozen nugget je?

Sunday 10 November 2013

Harga Ayam KMP


Harga Ayam KMP bergantung pada saiznya. Ada 2 jenis perisa buat masa ni iaitu "Original" dan "Hot and Spicy".
Kecil = RM3.50
Besar = RM5.00

Friday 8 November 2013

Bermulanya Ayam KMP

Ayam KMP adalah ayam goreng tanpa tulang yang digoreng menggunakan tepung ramuan sendiri. KMP tu sempena nama tempat tinggal kami di Kampung Melayu Pandan.

Ayam KMP