Saturday 30 November 2013

Nasi Lemak 2 kali

Kejadian hari ini agak unik..

Sebelum cerita pasal kejadian hari ini jom tengok menu baru kitorang. Pernah baca entri "Nasi Lemak Nusantara" ? Masih lagi Nasi Lemak Nusantara tapi kitorang bagi customer buat pilihan lauk sendiri.

Puyuh goreng


Telur puyuh tak sempat nak snap, habis jual dah...

Gambar lauk lain masih ada lagi..


Ayam goreng berempah

Ayam goreng berempah (besar)

Rendang ayam

Ikan goreng

Oklah sekarang nak cerita pasal nasi lemak 2 kali. Dalam pukul 8 pagi dah sampai kat jalan pinang, taman daya. Baru nak pasang canopy tiba-tiba dah ada customer datang nak beli nasi lemak.

Kitorang cepat-cepatlah bungkus nasi lemak untuk first customer sebab nak sambung pasang canopy. Belum siap bungkus untuk first customer, tiba-tiba datang lagi customer lain. Makin lama makin ramai yang datang nak beli. Kelam-kabut sikitlah kitorang masa tu.

Dalam masa setengah jam je, nasi lemak 1 tong habis....last customer nak beli 4 bungkus nasi lemak tapi tak sempat. Sorry ye uncle, tak sangka pulak cepat habis hari ni.

Dalam jam 8.30 pagi kitorang kemas dan balik... Macam tak percaya pulak setengah jam je kitorang kat situ habis jual nasi lemak.

Sampai rumah buat lagi nasi lemak dengan telur rebus. Dalam pukul 9 lebih kitorang keluar nak berniaga lagi sekali. Terasa macam main-main je berniaga hari ni.

Begitulah ceritanya macamana topik post hari ni dapat nama "Nasi Lemak 2 kali". 2 kali datang berniaga nasi lemak di tempat yang sama pada hari yang sama. Perkara ni mungkin kecik je pada otai-otai nasi lemak yang lain tapi bagi kitorang yang berniaga kecil-kecilan, kejadian "Nasi Lemak 2 kali" ni memang besar.

Isteri saya tunjuk "double peace" khas untuk pembaca blog
Snap gambar ni pun pukul 11 lebih termasuklah gambar-gambar lauk tu.

Alhamdulillah rezeki untuk kitorang hari ni. Saya dan isteri saya mengucapkan terima kasih kepada semua customer tak kira sama ada penduduk taman daya atau dari tempat lain.

p/s : Berniaga pagi sahaja buat masa ini

No comments:

Post a Comment